
Sulit
4 tahun
Haid datang lambat tetapi tanda2 pms telah ada
Saya wanita berumur 26 tahun. Belum berkahwin. Bulan ini haid sayadatang lambat 2 minggu. Tanda2 pms tu seperti sakit belakang dan cepat penat telah datang ketika waktu yang sepatutnya haid saya datang tetapi haid tidak datang. Saya bimbang kerana saya kerap senggugut ketika hair datang, bulan lepas saya mengambil pain killer ketika haid. Adakah ia memberikan effect? Saya telah banyak menonton video tentang haid lambat, saya tidak pasti adakah kerana stress atau mengapa. Saya Tidak berada dalam keadaan stress… berat badab n tinggi saya juga adalah normal. Cuma saya kerap kali merasa sengal2 di bahagian bawah perut sebelah kiri berdekataa. Dengan pinggang. Saya cuba untuk berjumpa doktor tapi saya bungu adakah saya sakit atau tidak. Bagaimanakah cara untuk saya berjumpa doktor? Saya ke klinik jika sakit, tetapi semarang saya tak tahu samaada saya sakit atau tidak. Saya pernah berjump doktor ketika demam, saya ambil kesempatan untuk bertanya tetapi doktor hanya merawat demam saya sahaja… tiada feedback yang saya dapat dr soalan saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid lambat ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur- Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
Diet
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)- Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
Ubat-ubatan- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Saya tidak pasti jenis ubat tahan sakit yang anda ambil. Namun, ubat penahan sakit yang dikenali seperti NSAID (eg: ibuprofen dan naproxen) kebiasaannya boleh menjadikan aliran haid sedikit tetapi bukan lambat.
Selain itu, untuk masalah sakit sengugut ketika datang haid ini mungkin tidak merujuk kepada apa-apa masalah atau sebaliknya. Sekiranya sakit tersebut sangat menganggu aktiviti harian anda seperti setiap bulan anda terpaksa mengambil cuti sakit atau tidak hadir ke kelas disebabkan sakit anda, sangat bergantung kepada ubat tahan sakit, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.