
Sulit
4 tahun
Haid datang lewat dan tak bersedia nak mengandung
Hi , saya wanita berumur 22 tahun . Saya telah melakukan hubungan seks bersama suami pada 24/4 , biasanyaa haid saya datang pada hujung bulan . Tapi sye tak ready lagi nak pregnant . Adakah tu satu tanda saya akan hamil ? Berkesan tak kalau saya amik escapelle or ellaone untuk mengelak hamil , sbb sudah lebih 5 hari

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada kehamilan, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Pil perancangan kecemasan hanya berkesan jika diambil dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seks.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!