Sulit
5 tahun
Haid datang lewat, kemudian tidak datang langsung
Haid saya datang agak lewat pada april lalu iaitu pada 24hb-29hb, namun pada mei saya langsung tak datang haid. Adakah sebab saya mengandung atau memang haid datang lambat kerana pada bulan april tu haid saya datang lewat?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang boleh menyebabkan haid lewat termasuklah:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh menjalani ujian kehamilan dengan membeli kit tersebut di farmasi berdekatan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























