
Sulit
4 tahun
Haid datang lewat selepas makan ubat anti kulat
Saya wanita berumur 20an…baru2 ini saya disarankan doktor untuk ambil ubat anti kulat sejenis kapsul untuk makan dalam jangka 4 minggu…dan minggu kedua saya makan ubat tersebut…haid saya yang sepatut nya keluar 2 hari yang lepas tetapi sampai hari ini…masih tidak lagi keluar…adakah ada faktor tertentu yang menyebabkan haid saya menjadi lewat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.