
Anonymous
5 tahun
Haid datang lewat sudah 2 minggu
Saya sudah lambat datang haid selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, saya minum collagen putih dari brand Kitsui. Adakah ia mengganggu hormon saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai penyebab haid lewat antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kehamilan
Namun begitu, oleh kerana pihak kami tidak mengetahui kandungan yang terdapat dalam minuman collagen yang anda ambil, terdapat kemungkinan produk tersebut mengandungi bahan yang boleh mengganggu kitaran haid anda. Anda amat disarankan untuk berhenti dari menggunakan produk tersebut dan merujuk masalah haid anda dengan lebih lanjut agar puncanya dapat diketahui dan dirawat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.