
Sulit
5 tahun
Haid datang semula dalam tempoh 2 minggu
Saya berusia 38 tahun dan telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya telah datang haid pada 24 Jan 2020 sehingga 30 Jan 2020 yang lalu dan kitaran haid sebelum ini adalah normal. Pada 10 Feb 2020, terdapat lendir darah yang keluar seperti haid sewaktu sy kencing dan kemudian hilang. Pada 13 Feb 2020, lendir darah keluar sekali lagi. Apakah masalah yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah pendarahan sebelum haid atau spotting boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil perancang dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hal ini kerana ini boleh juga menjadi masalah salur kencing tetapi infromasi yang anda berikan tidak mencukupi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.