
Sulit
4 tahun
Haid delay 1bulan lebih
way back 2020 bulan 9 lepas bersalin dtg haid normal setiap bulan dia dtg… tapi start bulan 3 tnggal 11 dtg haid 1hari sja dengan warna coklat smpai skrg bulan 4 tnggal 23 haid x dtg dah lebih 1bulan sda beli pregnancy test 3kali cuba semua result Negative… saya dan laki saya guna family planning(condom) start bulan 11 2020… masalah apakah ini? perlu ka saya pgi clinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- kehamilan
Sekiranya masalah ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan sewajarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.