
Anonymous
5 tahun
Haid dua kali selang beberapa hari
Saya berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Berat bdan 77.6 dan tinggi 154 .saya ingin brtnya, adkh normal bg seseorang remaja/wanita mengalami haid 2kali, tetapi tempoh keluarny darah haid itu selepas 2 ari haid sebelumnya berhenti.
Maksudny di sini, sya telah keluar darah haid pada 24/6 dan berakhir pd 1/7. Akan tetapi pd 4/7.sy tlah kluar darah haid. Adakh itu normal, kerana sy tidak pernah mengalami masalh seperti ini sebelum-sebelum ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, tempoh haid normal adalah 2-7, namun terdapat sesetengah wanita yang mengalaminya lebih lama. Terdapat kemungkinan haid yang datang selepas tarikh itu adalah lebihan darah haid anda sebelum ini. Namun sekiranya ia berpanjangan dan banyak, anda mungkin mengalami masalah haid berpanjangan dan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Oleh itu, tunggu dan lihat dahulu gejala haid anda ini. Sekiranya pendarahan bertambah banyak dan berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk penyiasatan dan pemeriksaan lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.