
Anonymous
5 tahun
Haid keluar hanya apabila membuang air kecil
Saya wanita berusia 22 tahun . Saya baru sahaja datang bulan untuk hari yang pertama bulan ini. Tetapi pelik mengapa darah tidak keluar pada pad sebaliknya hanya keluar bersama ketulan darah apabila saya ingin membuang air kecil? Adakah ianya normal jika untuk hari pertama ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ketuan darah yang kecil yang keluar ketika anda membuang air kecil boleh terjadi disebabkan darah haid mengeras dan keluar apabila terdapat tekanan (seperti ketika membuang air kecil). Antara sebab lain bagi gejala yang anda alami adalah pendarahan ketika kencing akibat luka atau jangkitan kuman dalam saluran kencing.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.