Sulit
4 tahun
Haid lamabat, adakah pregnant
saya wanita berumur 32 tahun mempuntai seorang anak berumur 7 tahun, kitaran haid saya adalah normal selama ini 24/26 hari. Ttetapi baru2 ini period saya sudah terlewat 4 hari dari tarikh sepatutnya. saya pernah membuat pregnancy test, tetapi hasilnya negatif. Adakah kemungkinan saya pregnant, atau masalah haid? sebab sebelum ini tak pernah ada masalah dengan haid? terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami haid lewat, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Anda juga digalakkan untuk merekod kitaran haid anda supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan mengapa kit ujian kehamilan menunjukkan keputusan negatif:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

























