
Sulit
4 tahun
Haid lambat 16 hari tp test ngatif
Saya berumur 21 tahun. Selama ini haid sy teratur. Setelah bbrpa bln bkhwin. Ini kali pertma haid sy lmbat… Lmbat 16 hari. Sy sudah mlakukn pregnant test dan 3 kali ngatif. Adakh ini bbhy?? Dlm smggu tnpa haid sy mnglami keputihan cair. Kdng² spert air shj. Bantu doctor. Sy stress.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 16 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Penggunaan pil atau suntikan perancang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.