
razi93505
5 tahun
Haid lambat adakah sedang hamil atau masalah kesihatan?
petang doctor. isteri saya sebelom ini jalani ujian kesuburan selama 5xrawatan dan keputusan hormon menunjukkan hormon sudah capai 40. sebelom rawatan hormon isteri saya sebanyak 0.3. dalam tempoh ini kitaran haid normal. dan selepas 5x rawatan doktor cadangkan isteri saya utuk berehat dari makan ubat. bulan ni kami membeli ubat dari ustaz dalam tu kandungan buah zuriat. kami makan ubat tu bersama2. sekarang isteri saya sudah lewat kiraran haid selama 5 hari. kitaran sepatutnya datang pada 21 ogos 2019. pagi tadi isteri saya test pregnancy test so keputusan negatif lagi. soalan saya adakah isteri saya sedang hamil atau berlaku gangguan penyakit yang buat haid dy berhenti.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lambat boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan pengambilan ubat hormon
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Anda perlu memastikan ubat yang diterima oleh anda dari ustaz tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ubat yang sembarangan akan mengganggu kitaran haid bahkan boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain seperti kegagalan buah pinggang dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan isteri anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.