
Sulit
4 tahun
Haid lambat dan pendarahan coklat terang
Saya period irregular selepas ambik depo dari 7/2020 - 2/2021 dan saya stop ambil depo. Kitaran kadang kala cecah ke 48 hari . Semalam saya mengalami dua titik darah coklat terang , kerap mengalami cramp diperut hampir seminggu lebih , berdenyut di kepala, beremosi , dan mual. Sepatutnya saya haid pada 14hb / 4 tapi sampai ke harini saya belum period . Saya juga ada hyperthyroid dan sedang makan ubat carbimazole 6 biji sekali sehari . Minta pencerahan ya doc terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, masalah tiroid kebiasaannya akan datang dengan masalah kitaran haid dan suntikan hormon yang diambil oleh anda pula merupakan salah satu cara untuk mengawal kitaran haid yang tidak teratur. Manakala gejala yang dialami mungkin berpunca daripada masalah hormon atau tiroid. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa sebab yang menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah haid lewat, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Warna darah haid juga boleh berubah-ubah daripada merah pekat sehingga ke coklat kehitaman dan mengalami perubahan pada warna darah haid adalah normal.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.