
Sulit
5 tahun
Haid lambat dari tarikh yang sepatutnya keluar
Isteri saya berumur 22 tahun… last tarikh priod 22hb… sepatut priod dalam minggu ni… beberapa hari lepas ketika bersama ada keluar darah cair… masalah pertama, priod masih belum tiba sehingga hari ni… masalah kedua, keluar keputihan yg bnyak membuatkan tak selesa… apakah masalah itu doktor?? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.