
Sulit
4 tahun
Haid lambat takut mengandung
hello doktor. dah 2 minggu period saya tak datang.saya ade buat hubungan dengan bf saya tetapi hanya diluar.bf saya telah kluarkan air di dada saya dan saya tidak pasti air tu terkena saya punya ni tetapi saya ade period 2 kali and kali ni period saya lambat. adakah saya mengandung ? and cara2 untuk tidak mengandung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kehamilan hanya boleh berlaku sekiranya pasangan anda mengeluarkan air mani ke dalam vagina ketika bersetubuh, terutamanya khusus pada waktu kesuburan yang tinggi, iaitu pada 2 minggu selepas tarikh haid yang lepas, atau 2 minggu sebelum kedatangan haid yang seterusnya (waktu pada pertengahan bulan). Kemungkinan masalah haid yang lewat adalah disebabkan oleh perkara lain seperti ketidakseimbangan hormon atau penggunaan pil perancang pada sebelum ini.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba untuk menggunakan ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) khususnya pada waktu 1 minggu selepas tarikh haid lepas yang tertinggal (termasuk waktu sekarang). Selain itu, sila pantau jika anda mengalami simptom-simptom kehamilan seperti mual, muntah, sakit kepala, sakit payudara dan juga peningkatan tekanan darah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.