
Sulit
4 tahun
Haid lambat walaupun tidak hamil..saya sudah cuba bnyak kali pregnancy test..tapi hasil nya tetap negative jugak..kenapa ye?
saya wanita sudah berkahwin dan saya hendak tanya kenapa haid lambat dekat sebulan lebih tapi tidak hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kaih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai haid yang terlewat yang disangkakan berpunca daripada kehamilan. Untuk makluman anda, kedatangan haid yang lewat merupakan hanyalah salah satu tanda kehamilan yang berlaku, dan juga ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lain iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon akibat faktor-faktor am seperti senaman berlebihan, berat badan tidak seimbang (terlalu ringau atau berat), gangguan stres dan juga pemakanan yang tidak sihat
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan aliran hormon yang mengawal kitaran haid
- Ketumbuhan fibroid atau polip pada rahim yang boleh menyebabkan aliran darah haid terganggu
- Masalah tiroid. Namun, anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti menggigil, degupan jantung laju, dan juga penurunan berat badan yang mendadak
- Masalah pituitari, iaitu sebahagian organ pada otak yang mengawal aliran hormon wanita. Namun, perkara ini akan menyebabkan masalah haid pada usia yang muda atau sejak akil baligh.
- Kanser ovari.
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI. Keradangan tersebut boleh merebak ke organ-organ reproduktif wanita.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.**
**
Pada pendapat kami, kedatangan haid yang lewat merupakan perkara yang biasa berlaku bagi sesetengah wanita yang sihat dan dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti yang diperihalkan di atas. Sekiranya anda mengalami perkara in dengan belarutan lebih dari 2 atau 3 bulan, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah dan mendapatkan rawatan yang diperlukan bagi situasi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!