
Sulit
4 tahun
Haid lebih tempoh 15 hari . Adakah perlu berjumpa dgn doktor pakar?
hai doc saya berumur 17 dan sekarang saya tgh period untuk hari ke-17. darah yg keluar tidak la bnyk sgt selepas hri ke-7,cukup utk pakai pantiliners kerana darah yg keluar hanya setompok yg kecil dan berwarna coklat. mengikut kalender period saya, saya telah period pada bulan 9, 2 kali iaitu pada 4/9 dan 13 hari kemudian pada 23/9 sehingga skrg. sblm ini kitaran haid saya juga tidak teratur kadang2 cukup 28 hari, kadang 32 hari dan kadang 35 hari. keadaan ini buat saya risau kerana ini adalah pertama kali saya mengalami seperti ini dan saya tidak pasti sama ada ini adalah darah haid atau darah penyakit.bole doc buat sedikit penjelasan? adakah saya perlu berjumpa dgn doktor pakar?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberi.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang haid yang berpanjangan.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tingkatkan kualiti hidup anda sebagai wanita moden dengan pemakanan berkhasiat!
Sekiranya gejala ini berterusan dalam jangka masa lama yang panjang, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang dihadapi agar mendapatkan solusi yang terbaik. Hal ini juga boleh mengelakkan risiko anaemia atau kurang darah merah yang akan menyebabkan keletihan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi.
Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!