
Sulit
4 tahun
Haid lewat 2minggu upt kejap kabur kejap tak
hello doc , sya nak tnya sya period jenis tak teratur , cycle lebih 38 hari … tapi sya gune apps dan guna opk/LH sejak awal tahun … ikot tarikh apps dan opk mesti sama dan haid dtg ikot waktu apps bg … cuma last period sya 5 july , ikotkan dlm apps sya dh lewat period 17 hari… saya ada check upt awal bangun pagi masa 5 hari lewat period keputusan positif double line lepas 3 hari sya try balik upt jadi negatif … tapi bile sya try lagi upt keesokkan hari positf cuma line kabur dan sya try lagi upt jadi negatif,… sya jadi keliru skrg ni … boleh docker bagi jawapan ?? sya kerap sakit pinggang kadang rasa tak selesa dekat bhgian perut cramp mcm nk period tapi tak period pun… breast kadang sakit dan gtal … sya still gune opk dn opk sya kejap double terang kejap tak lepas tu terang balik… bau masakan pun kadang2 rasa nak muntah… ttc 2 tahun dah…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda yang anda ajukan berkenaan dengan keputusan ujian UPT. Keputusan Ujian UPT boleh mengelirukan jika perkara berikut berlaku:
- kandungan terlalu awal dan hormon sedikit dalam badan
- cara penggunaan test kit yang salah
- kerosakan pada test kit UPT
Oleh hal yang demikian, kami senaraikan tanda-tanda awal kehamilan seperti yang anda boleh dapati di bawah.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilanadalah seperti:
- Haid Lewat Atau Tidak Datang Haid
- Mual Loya Atau Muntah
- Saiz Payudara Membesar Dan Payudara Menjadi Lebih Sensitif
- Kerap Kencing
- Deria Bau Lebih Sensitif
- Pendarahan kecil
- Keputihan
- Perubahan selera makan
- Keletihan
Masalah bagi lewat datang haid pula boleh disebabkan oleh masalah berikut:
- Tekanan hidup
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada kelenjar tiroid
- Sindrom polisistik ovari
Akan tetapi, untuk memastikan bahawa anda hamil atau tidak, disarankan untuk anda membuat ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) atau berjumpa dengan doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.