
Sulit
5 tahun
Haid lewat 4 hari dan kencing berasa pedih
Saya berumur 20-an dan belum berkahwin. Saya sudah 4 hari tidak dtg haid dan apabila saya mengeluarkan air kencing saya berasa sedikit pedih dan air urin saya kotor. Minggu sebelum ni,saya jugak ada pernah buat aktiviti seperti workout dan ada tersalah minum supplement untuk perempuan yg sudah berkahwin. Bebaru ni saya bru baik dri demam tetapi tekak saya rasa mcm tidak selesa dan kepala saya terasa sakit. Jadi, adakah semua ni normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing yang pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Memandangkan keluhan yang anda hadapi dapat disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan, anda digalakkan untuk langsung merujuk ke doktor. Hal ini kerana dikhuatiri jika dibiarkan jangkitan tersebut dapat merebak. Maka, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.