
Sulit
4 tahun
Haid lewat dan mengalami gejala-gejala ringan
Saya seorang wanita berumur 27 tahun dan telah berkahwin tetapi belum pernah hamil. Untuk period kali ini saya lewat 2 hari dan tiada darah yang keluar namun pada hari ke-3 darah period keluar seperti biasa tetapi bercampur dgn warna coklat. Dalam masa yang sama saya juga mengalami sakit kepala yang kerap dan cepat letih. Adakah ini tanda hamil atau sebab hormone ? Saya masih ragu2 samada perlu buat ujian pregnancy kerana merasakan masih terlalu awal ataupun ini bukan puncanya. Saya juga ada berhasrat untuk ke klinik untuk lebih lanjut tetapi tidak kesampaian. Hal ini merunsingkan saya kerana saya merasakan badan tidak normal dan tidak selesa.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda berasa tidak selesa dengan keadaan yang dialami oleh anda. Sukar untuk kami katakan anda hamil ataupun tidak memandangkan ia memerlukan pemeriksaan lanjut dan pengesahan oleh doktor.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid beliau di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya dapat dijadikan rujukan oleh anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid tidak lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.