
Anonymous
5 tahun
Haid lewat dari sepatutnya
saya wanita umur 27 dan belum berkahwin… haid saya tidak datang dua bulan lebih… selalunya haid tetap datang tiap bulan walaupon lewat dari tarikh yang sepatutnya datang tapi ni dah lewat dua bulan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Hamil
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Namun kitaran haid bagi setiap bulan adalah berbeza. Mungkin haid puan pada bulan ini terlewat sedikit. saya sarankan untuk puan membuat ujian UPT untuk mengesahkan kehamilan.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.