farah16
6 tahun
Haid lewat daripada biasa
Hi doktor, saya sudah hampir 100hari tak datang period, sebelum ini pernah juga lewat tapi tak cuma lewat 2 atau 3 minggu sahaja.ke klinik, doktor sarankan untuk makan ubat turun darah haid, tp selepas 2 minggu still tak turun darah haid, hanya keluar spotting coklat tapi still xperiod. cek upt minggu lepas negative, apa patut saya buat?
6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat banyak sebab haid lewat. Anda mungkin mengalami masalah yang dipanggil haid tidak teratur akibat pelbagai punca. Kebanyakan masalah ini berlaku akibat gangguan hormon. Perkara yang boleh menyebabkan ketidak seimbangan hormon ini adalah:
- Sindrom polycystic ovari
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Tekanan emosi
- Kehidupan harian yang terlalu sibuk atau terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Tabiat pemakanan yang tidak seimbang
Ia juga boleh disebabkan oleh masalah struktur rahim, ovari atau cerviks. Sekiranya kemungkinan mengandung telah dipastikan, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan perlu dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang anda hadapi. Anda boleh merujuk kepada doktor memandangkan anda masih belum haid selepas mengambil ubat yang disarankan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























