Sulit
2 tahun
Haid lewat datang 3 hari dari kebiasaannya. Usia 42 tahun memang merancang utk tidak hamil lagi kerana anak ada 6 org
Tarikh hari pertama akhir haid saya adalah pada 29/8/21
Saya & suami bersama pada waktu subur tanpa ubt / alat perancang kehamilan. Haid saya telah lewat 3 hari dan upt adalah -ve
- Apa yg perlu saya lakukan utk cepatkan haid dtg? Adakah ubt utk turunkan haid?
- Andainya -ve tetapi saya belum bersedia utk hamil adakah cara utk saya terminate kandungan tersebut memandangkan masih di awal kehamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk pengetahuan anda, setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi tertentu. Sebelum memberi ubat, doktor harus mengetahui sejarah perubatan anda dengan lebih lanjut serta doktor harus melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum memberi ubat kepada anda.
Namun, sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan atau sebarang tindakan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.