
Sulit
4 tahun
Haid lewat datang 7 hari tetapi upt negatif
Hi doktor. bulan 11 2020 saya melahirkan bayi sy yg tak cukup bulan iaitu pada kandungan berusia 25minggu. Malangnya bayi saya tidak dapat bertahan hidup. hanya 40 minit sahaja dia bernyawa selepas dilahirkan. Sekarang sy berancangan utk hamil kembali. selepas habis pantang haid saya datang teratur seperti biasa sehingga bulan 3 2021. tetapi bulan 4 skrg ini kalau ikutkan period sy dah lewat 7 hari. saya dah test menggunakan alat pengesan kehamilan upt, clearblue tetapi hasil nya negatif. saya merasa risau dan bingung dengan perkara ini. Semoga doktor dapat memberikan jawapan kepada masalah sy ini. Terima kasih

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!