
Sulit
4 tahun
Haid lewat dua minggu
Salam sy 27 tahun , saya last datang period 2 oktober 2020, lepas tu bln nov period sy tidak datang selama 2 minggu . Oleh itu, dalam masa dua minggu itu, sy buat ujian upt pada 11 nov di awal pagi namun sy difahamkan sy hamil sebab naik dua line, selepas itu, sy tidak puas hati sy buat pulak test pada 15 nov kali kedua namun test tersebut negatif sebab naik satu line menyatakan sy tidak hamil , malahan pada awl pagi tersebut sy juga ada bersama dengan suami sy. Lepas itu pagi ini sy bangun pagi , saya dapati sy berdarah macam datang period , blh sy tahu x kenapa tiba-tiba datang period , adakah ia memberikan kesan sebab bersama suami pada hari sebelumnya. mohon pencerahan. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.