
Anonymous
5 tahun
Haid lewat hampir satu minggu
Saya berusia 23 tahun. Hari ini hari ke-5 saya lewat datang haid. Saya baru satu bulan berkerja di salah sebuah cafe, shif kerja saya berubah-ubah, pemakanan saya pun berubah. Adakah lewat datang haid saya berpunca daripada keletihan? Perlukah saya ke klinik untuk dapatkan konsultasi doktor dan ubat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,kelewatan haid selama 5 hari tidaklah menandakan anda mempunyai sebarang patologi atau kesakitan. Namun beberapa faktor boleh mempengaruhi kelewatan haid seseorang seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.