
norazitarazuni5620
5 tahun
Haid lewat ,,,,keputusan pregnancy test negatif
Saya wanita berumur 34thn,sudah berkahwin,selama 14thn,belom mempunyai zuriyat,dan saya mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur,pada bulan january yg lepas,saya telah membeli satu jamu untuk melancarkan haid,alhamdulillah pada tarikh 28mac2019-10april2019, (10hari).Dan pada blan berikutnya pada26,04.2019-05.05.2019(11hari).dan haid terakhir saya pada 26.05.2019-01.06.2019(7hari),pada tarikh 05.07.2019 saya telah melakukan pregnancy rest,tetapi keputusannya negatif ,kecewanya saya,sampai ke hari ini blom dtg haid,saya juga menggalami rasa sakit dibahagian bawah kanan dan kiri perut saya,silih berganti,rasa sakit macam mahu dtg blan,sekejap ada,sekejap tak ada, adakah saya hamil???

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Anda boleh melakukan ujian upt atau terus ke klinik bagi mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak. Tolong berhenti memakan produk seperti jamu terutamanya yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.