
Sulit
4 tahun
Haid lewat selepas pakai IUCD
GtuSamalah… Saya pakai iucd bulan 2, lepastu period bulan 2 dan 3 jd panjang, bulan 3 dua kali datang, bukan 4 ok. Bulan 5 ni lewat 4 hari tapi keluar darah setitik, pastu takde, next day kuar setitik. Tapi perut macam senggugut, xsedap badan, xlarat. Kenapa ye? Ke normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini merupakan kesan sampingan yang biasa berlaku terutama sekali jika puan menggunakan IUCD yang mengandungi hormon progestin. Kebiasaannya masalah ini akan berlarutan sehingga 3-6 bulan selepas menggunakan IUCD. selepas tempoh tersebut, anda boleh menjagka bahawa kitaran haid anda akan kembali seperti normal.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali jika masalah ini berlarutan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.