Sulit
6 tahun
Haid masih datang walaupun makan ubat NORETHISTERONE
Saya wanita berumur 35thn…sy mengambil ubat tersebut kerana ign melakukan hubungan intim dengan suami,oleh kerana si suami bekerja di luar negara dan kami bertemu hanya 2bln sekali.masaalahnya sekarang tidak keberkesanan ubat tersebut terhadap saya…saya makan ubat itu seperti yg disarankan iaitu 3 hari sebelum datang haid iaitu 25/8,kebiasaan haid saya 28 hari bulan/1bj pagi dan 1bj malam.30/8 haid saya keluar mengalir cair tapi tak seperti biasa yg mempunyai ketulan darah…alirannya x banyak…sy pergi cuci…3 ke 4 jam keluar lagi…sy was-was nak bersama dengan suami…adakah itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, pil Norcutin atau norethisterone biasanya digunakan untuk hal berikut, seperti:
- perancang kehamilan
- melambatkan haid
- mengatasi gejala-gejala terkait premenstrual syndrome (PMS)
- salah satu ubat kanser payudara
- menopause
- endometriosis
Norethisterone ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- spotting
- haid tak datang
- sakit kepala
- loya
- perubahan berat badan
- sakit payudara
- ruam
- bengkak tangan atau kaki
Sesetengah kesan sampingan mungkin memerlukan bantuan perubatan segera seperti:
- sesak bernafas
- sakit kepala atau migrain yang teruk
- gangguan penglihatan
- pendarahan faraj yang tidak normal dari segi kuantiti, bau, warna dan sebagainya
Beritahu doktor anda jika mana-mana kesan sampingan ini tidak hilang atau semakin teruk, atau jika anda mengalami kesan sampingan yang seperti diatas. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak doktri di link ini (DoctorOnCall) atau ahli farmasi di link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih



































