
Sulit
4 tahun
Haid saya datang dengan sedikit tapi lama,dan membuatkan saya risau dengan keadaan diri saya yang sebegini
Saya wanita berusia 19tahun,dan saya last period 1bulan lepas,kiranya bulan 3 saya tak datang haid,dan bulan 4 saya datang haid awal bulan dan saya pelik dari hari pertama haid keluar tanda dan saya okay la sebab itu memang permulaan haid,kemudian hari dan hari ke 3,4,5 haid keluar dengan tanda dan bila saya naak buang air kecil yang keluar darah kecil-kecil sahaja dan di underware saya still keluar tanda lagi,dan sampai hari yg ke 15 darah keluar merah tapi sedikit jugak,dan saya rasa mimbang dengan keadaan saya yang sekarang macam ni,boleh doktor tolong jelaskan?sebab tak lama lagi saya nak berpuasa so saya takut berlanjutan hingga waktu berpuasa nanti…doktor boleh jelaskan??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, samada pola haid yang diluar kitaran normal 28 hari ataupun perdarahan haid kurang 2 hari atau melebih 8 hari, keduanya juga dikenali sebagai perdarahan rahim abnormal ( abnormal uterine bleeding ). Apabila perdarahan rahim abnormal terjadi, ia kemungkinan disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana haid tidak teratur dapat disebabkan oleh bermacam penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor tentang maklumat lanjut ataupun klik pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.