
Sulit
4 tahun
Haid saya datang lambat bulan ni
Apakah punca haid saya datang lambat pada bulan ni?..sepatutnya haid saya datang pada 2/7 tetapi 5/7 baru datang apakah puncanya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid normal adalah 21-35 hari dan tempoh datang haid normal adalah b2-7 hari. Selain itu, kitaran haid adalah tidak tetap dan boleh berubah setiap masa.
Melalui penerangan yang anda berikan di atas, haid yang lewat hanya beberapa hari adalah perkara yang biasa berlaku. Oleh itu, saya berpendapat tidak ada masalah dengan kitaran haid anda kerana ia masih datang dan hanya lambat 3 hari. Seperti yang saya terangkan sebelum ini, kitaran haid boleh berubah-ubah.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.