
Sulit
4 tahun
Haid: Saya period saya tamat pd 7/10 tetapi pd 15/10 terdapat lendir serta sedikit darah dan berasa letih dan sakit pinggang sedikit.Adakah ini darah penyakit
Saya period saya tamat pd 7/10 tetapi pd 15/10 terdapat lendir serta sedikit darah dan berasa letih dan sakit pinggang sedikit.Adakah ini darah penyakit.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah lendir dari faraj ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk makluman pihak anda, sakit pinggang yang disebabkan oleh jangkitan buah pinggang sukar dibezakan dengan sakit pinggang akibat masalah otot. Biasanya, sakit pinggang kerana jangkitan buah pinggang akan disertai dengan masalah kencing seperti darah semasa kencing, kencing berbuih atau kencing mendung. Sakit pinggang akibat lenguh pula biasanya didahulukan dengan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan sakit pinggang seperti mengangkat benda berat, membongkok terlalu lama atau postur yang salah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Pastikan persoalan anda terjawab tentang lendir berdarah. Doktor pakar wanita dapat membantu anda.