
Sulit
4 tahun
Haid sedikit dan berpanjangan
Saya wanita berumur 29 tahun. Saya sekarang hampir masuk 4 bulan setelah melahirkan anak kedua saya. Saya telah mendapat suntikan perancang depo pada hari yang sama saya bersalin sebelum saya dan baby keluar ward. Saya bersalin normal. 2 minggu selepas bersalin saya keluar darah sederhana. Lepastu saya keluar darah sedikit sampai umur baby saya 1 bulan 2 minggu. Lepastu darah stop 3 hari mcm tu. Lepastu keluar darah balik sedikit. Bulan 3 haritu saya dah dapat suntikan kedua depo. Sampai sekarang saya on off keluar darah sikit2. Adakah ini perubahan hormon atau faktor lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Masalah tiroid
Tekanan
Gaya hidup aktif
Amalkan pemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.