
Anonymous
5 tahun
Haid selama 34 hari tanpa henti
Saya berumur 23 tahun, dah berkawin selama setahun. saya sedang cuba untuk mengandung, sudah berjumpa pakar tetapi masih tak berjaya. period saya cycle 23 hari dan akan period selama 10-15 hari, tetapi pada bulan ni, saya telah period selama 34 hari tanpa henti, darah berwarna merah kehitaman dan sedikit nyeri di perut. saya telah melakukan pap smear, tetapi tiada sakit. doktor juga kata saya tak ada cyst atau fibroid. Jika boleh saya tahu, apakah sebenarnya masalah saya dan cara mengatasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, Sindrom Polisitik Ovari atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Pendarahan rahim tidak berfungsi
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.