
nursyira86
6 tahun
Haid selepas kguguran
Sy berumur 33 thn…sy telah disahkan keguguran pd kehamilan minggu ke 13 (9/2/19) dan complete miscarriage…utk pngtahuan doc,sy tidak mbuat dnc…pndarahan sy tidak berhenti sehingga 1/4/2019…tapi sehingga sekarang (9/5/19) saya masih tidak haid…utk pngtahuan doc sy tlh bsama suami sebaik shj sy bersih dan sy tlh membuat ujian khamilan dan ianya negatif…adakah itu normal x dtg bulan slpas gugur?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid lewat. Antaranya ialah:
Umur
Berat badan dan diet
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Ubat-ubatan
Oleh sebab anda telah pun mempunyai faktor risiko seperti keguguran kandungan hal ini tidak boleh dipandang remeh malah ia memerlukan perhation doktor. Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.