
Anonymous
6 tahun
Haid Tak Datang 2 tahun
Saya berumur 20, haid saya tidak lancar selama 2 tahun. apa yang perlu saya lakukan, dah buat scan, takde masalah. Ada kemungkinan faktor lain ke? mungkinkah akan dapat penyakit yang lebih berbahaya? Doktor bagi ubat untuk stabilkn hormon. Adakah saya perlu ambik supplimen lain?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur..Antaranya:
- Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid tidak teratur. - Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. - menyusu anak
- Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal.
Untuk mengetahui punca masalah anda dan mengetahui supplement yang sesuai untuk anda (seperti Evening Primrose Oil dan sebagainya), anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bersama doktor dan membuat pemeriksaaan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.