
yurikoshinchi
5 tahun
Haid Tak Datang Berbulan
Saya wanita berumur 28tahun yg baru berkahwin tahun lepas pada bulan 11. Sebelum berkahwin period saya sangat teratur dan tiada masalah. Masalah period mula terjadi lepas saya berkahwin. Period saya mula jadi tak teratur. First period bulan 2, kemudian bulan 5 dan sampai sekarang belum datang lagi. Adakah saya mempunyai masalah hormon atau sebaliknya? Apakah saya perlu dapatkan rawatan di hospital? Kawan2 yg kahwin selepas saya semuanya sudah mengandung dan saya mula terasa dgn masalah yg saya hadapi sekarang ini. Harap doc boleh bantu. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.