Sulit
6 tahun
Haid tak datang selepas habis ambil pis perancang
Ssya baru habis mkn pil perancang dan menunggu utk datang haid, tetapi sudah 5 hari haid sya tak datang… Sya cek upt tetapi negatif
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Salah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama pengambilan pil perancang adalah perdarahan haid yang tidak teratur, haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan (breakthrough bleeding) dan perdarahan haid yang lebih daripada biasa.
Keadaan ini berlaku kerana badan anda sedang menyesuaikan diri kepada paras hormon yang baru di dalam badan anda. Kejadian ini adalah normal dan bukannya tanda penyakit atau tanda pil hormon yang tidak berkesan. Biasanya selepas 3 bulan, perdarahan haid yang tidak teratur itu akan berhenti dengan sendiri. Perdarahan haid yang tidak teratur juga boleh terjadi jika anda tidak mengambil pil perancang dengan cara yang betul. Anda harus mengambil pil seperti yang telah disyorkan oleh doktor.
JIka keadaan ini berterusan, saya sarankan untuk anda berjumpa doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


























