
Sulit
4 tahun
Haid teratur atau tidak bilakah masa subur
Saya wanita berumur 28 tahun baru berkahwin . Saya ingin bertanya tentang waktu haid .adakah haid Saya teratur. Ok Saya bagi tarikh dari 6bulan dari sekarang april.pada nov 2020 Saya haid
21nov-7hari haid berlangsung
21 dec20
2021
22jan21-7hari haid berlangsung
22feb21
26march21
23april21
Adakah haid Saya teratur selama 6 bulan doctor? Dan Bagaimana Saya ingin mengetahui masa subur Saya? Kerana Saya ingin hamil selepas ramadhan.semoga doctor jawab pertanyaan Saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kemusykilan anda tentang kitaran haid. Untuk makluman anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang dewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda. Waktu subur wanita dengan kitaran haid 28 hari ialah hari ke-13 hingga hari ke-15 dari hari pertama anda datang haid. Contohnya, jika anda datang haid pada 1 Januari, maka waktu subur anda adalah 13 Januari hingga 15 Januari.
Selain menghitung secara manual , kini terdapat juga kalendar kehamilan atau app yang membolehkan anda untuk mengira waktu subur wanita dengan mudah. Anda hanya perlu memasukkan tarikh pertama haid anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan. Terima kasih
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.