
Anonymous
5 tahun
Haid terlewat 2 minggu
Saya wanita 36 tahun, dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. anak paling kecil, 1 tahun 9 bulan. masalah saya, selepas saya melahirkan anak ketiga, sy ambil pil perancang ‘Noriday’ sehingga sekarang kerana masih menyusukan anak walaupun tidak exclusive. Sebelum ni, haid sy teratur. 9 hbln adalah hari pertama atau plus minus sehari haid akan keluar. tetiba bulan ni saya tidak period seperti yang saya jangkakan. saya dah buat UPT, 12 hbln (-ve), saya ke klinik 14hbln buat UPT lagi masih -ve. Doktor beri saya ubat hormon ‘Norcotul’ untuk 5 hari pengambilan (3 biji sehari). 18 hbln saya habis makan ubat hormon tu. Harini saya buat UPT sendiri, masih -ve. Apa yang perlu saya buat ya. Saya ambil pil perancang, untuk mengelakkan dari mengandung dan masih belum bersedia untuk mempunyai anak yang seterusnya. Mohon pencerahan. Terima Kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
- masalah hormon
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.