
Sulit
4 tahun
Haid tiba-tiba jadi tidak teratur
Sy wanita berusia 34thn,dan mempunyai sorg anak 6thn,pada bln 4.2.2021 sy haid seperti biasa dan pd 12.03.2021 sy ade buat ujian pap smear dan spatutnye sy haid tetapi tidak haid…sy telah buat upt tetapi negatif selama 2minggu…pd 25.03.2021 ade keluar darah sikit dlm 2ari stop…xbyk mcm setitik setitik aje…tp bawah perut selalu krem…sy buat upt hasil tetap same negatif…dan 15.04.2021 darah keluar tp xbanyak dr pagi sy pakai pad hanya sedikit sgt…tetapi tetap rasa xselesa bawah perut dan kdang2 rasa kram…sy haid sblm ni normal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!