
Sulit
4 tahun
Haid tidak datang 40 Hari terlambat
Haid saya sblm ini teratur.tapi sejak dri last bln 9 haid sya tiba² tidak datang.2 kli sya buat ujian kehamilan Dan kptsn nya negative.blh dokter terangkan apa sbb² mmbuat haid sya tba² trlalu lmbt.apa yang patut sya buat Dan adakah saya perlu berjumpa dokter untuk mengetahui apa penyebab terjadinya haid yang terlalu lambat.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain mengandung, haid lewat boleh berpunca daripada perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan secara lebih terperinci dan mengetahui kondisi sebenar yang anda alami. Setiap penyakit yang dinyatakan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza, oleh itu jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan sebenar.
Anda masih risau tentang haid tidak datang? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.