
Sulit
5 tahun
Haid tidak datang sebulan
Saya wanita berumur 45 tahun.beberapa bulan ni saya baru berhenti pengambilan pil perancang. Bulan lepas saya tak datang period adakan ini normal @ system nak menopause…
Saya ada goggle sistom tersebut tp xda pada saya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, gejala yang dialami boleh jadi adalah berpunca dari efek samping ubat perancang ataupun tanda menopause. Setelah berhenti mengambil pil perancang, biasanya tubuh akan mengambil masa beberapa bulan kerana badan kita sedang mempersesuaikan diri dengan perubahan level hormon dalam badan kita. Purata wanita mengambil masa selama 4 bulan sehingga haid kembali teratur.
Menopaus adalah masa apabila haid wanita berhenti secara kekal. Menopaus adalah disahkan selepas 1 tahun tanpa haid. Umur purata menopaus adalah 51 tahun, tetapi julat normal ialah 45 tahun hingga 55 tahun.
Tahun-tahun yang sampai ke tahap ini dipanggil perimenopause yang bermaksud “sekitar menopaus.” Fasa ini boleh bertahan sehingga 10 tahun. Semasa perimenopause, pergeseran dalam tahap hormon boleh menjejaskan ovulasi dan menyebabkan perubahan dalam kitaran haid.
Untuk pengetahuan anda, semasa perimenopause, tahap hormon mungkin tidak mengikuti pola normal. Akibatnya, anda mungkin mengalami pendarahan atau spotting yang tidak teratur. Selama beberapa bulan, haid anda mungkin lebih lama dan lebih berat. Untuk beberapa bulan lagi, ia mungkin lebih pendek dan lebih ringan. Bilangan hari antara haid juga boleh meningkat atau berkurang. Anda mungkin mula berhenti mendapat haid.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.