
Sulit
4 tahun
Haid tidak datang selama 2 bulan lebih sehingga hari ini. Tiada tanda-tanda cyst atau mengandung
Hi,umur saya hanya 17tahun. Sudah 2bulan haid saya tidak datang dan saya tidak mengandung. Tinggi saya 155cm dan berat 61kg,saya risau sekiranya ada penyakit yang tidaK diingini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan yang anda sedang alami pada masa ini. Ini hanyalah pandangan kami secara am dan terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sekiranya anda masih risau dengan keadaan anda, sila berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca dan masalah sebenar dan supaya anda boleh mendapatkan rawatan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami. Terima kasih.