Sulit
4 tahun
Haid tidak datang tapi tak pregnant
Hi doc . Sya nak tnya . Biasanya saya dtg haid awal bulan @ hujung bulan . Tapi sebulan Sya tunggu tak dtg pon . Dah 2 bulan lebih . Badan pon kadang ii rasa cpt letih@penat , sakit tulang belakang , emosi tidak stabil dan lain ii . Bila check yang pregnant test tu ada 1 je Line . Bulan 9 Smpai la masuk bulan 11 tak dtg lagi . Apa masalah haid sy ya doc ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Tekanan emosi atau stress
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























