
Sulit
4 tahun
Haid Tidak Datang tetapi ada tanda tanda PMS
Sy umur 37 dan masih bujang. Ingin sy bertanya, pd bulan ini haid sy masih tidak datang dan tempoh kitaran haid pd hari ini masuk hari ke 40. Ini kali ke 2 sy mengalami keadaan spt ini iaitu pd Julai 2019. Mohon kerjasama dan penjelasan drpd doctors. Sekian, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 4 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Penggunaan IUCD- boleh menyebabkan haid tidak teratur
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.