
Sulit
4 tahun
Haid tidak keluaq selama 2bulan dan sakit perut
Saya wanita berumur 31 tahun.Haid tidak keluaq selama hampir sebulan setengah.perut saya sakit.saya tidak mengandung sebab saya dah test pregnent menyatakan saya tidak mengandung.saya nak tanya doktor.apakah masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Jika anda menjalankan ujian kehamilan sendiri dan dapati negatif, anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan di klinik untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.