
Sulit
5 tahun
Haid tidak keluar selama sebulan
Adakah mengambil ubat turun darah akan ada effect untuk hamil, bagi wanita yang belum hamil?
Saya mengambil ubat turun darah jenis Tab Liza 3mg
Terima Kasih doc, harap doc sudi menjawab soalan saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat datang boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan seperti Tab Liza
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Kehamilan adalah sukar selagi pengambilan perancang kehamilan atau ubat turun darah diamalkan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.