
Sulit
4 tahun
Haid tidak keluar selepas makan il perancang yasmin
Saya wanita 30an pertama kali mengambil pil perancang yasmin…aturan period regular 6hari…pada hari pertama period sy mngambil pil pertama…masalahnya pada hari kedua dan seterusnya haid tidak keluar spt biasa…adakah kesan dari pil yasmin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang di beri, kami memahami kebimbangan anda mengenai penggunaan pil perancang Yasmin dan ia disangkakan menyebabkan masalah haid tidak keluar. Untuk makluman anda, pil perancang Yasmin merupakan sebuah pil perancang jenis COCs atau Combined Oral Contraceptive yang mengandungi dua jenis hormone iaitu estrogen dan juga progestin.
Kemungkinan masalah haid tidak keluar pada hari kedua disebabkan oleh penggunaan pil perancang tersebut. Namun, perkara ini adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan kerana ia merupakan antara kesan sampingan pil tersebut dimana penggunaan pertama kali akan menyebabkan masalah haid spotting/terlepas/tidak teratur boleh terjadi, melainkan anda mempunyai kesan-kesan sampingan yang berikut:
- Muntah dan loya
- Sakit kepala dan sakit payu dara
- Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak keluar yang berpanjangan
- Penukaran selera makan
- Gatal-gatal keruaman pada badan
- Sakit perut
- Vagina kegatalan atau mempunyai discaj.
Sila berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan sekiranya perkara ini berlaku secara berpanjang atau sekiranya anda mempunyai penyakit kronik dalaman sepert stroke, kebekuan darah, darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan juga penyakit kanser.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.