
aisyahsya0
6 tahun
Haid tidak teratur 37 hari
Saya wanita berusia 23 tahun .bulan lepas priod saya 8hb.3 dan bulan ni priod saya 14hb.4 purata haid saya 37 hari…itu normal atau tidak dan ada ke peluang untuk saya hamil.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab haid lewat atau tidak teratur, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari, namun ia bergantung dan tidak sama bagi setiap wanita. Tahap kesuburan dan peluang untuk hamil juga dipengaruhi oleh pelbagai perkara lain seperti faktor pada pasangan anda.
Untuk mengetahui tentang potensi untuk hamil, dan penyebab kepada masalah haid anda, saya sarankan agar anda bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi dengan klik pada link ini (DoctorOnCall). Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan informasi yang diberikan, purata kitaran haid puan agak panjang. Purata kitaran haid yang normal adalah 25hari - 35 hari.
Hari yang paling subur dalam sesuatu kitaran haid biasanya adalah 5 hari sebelum hari ovulasi hingga ke 2 hari selepas ovulasi. Peluang untuk menjadi hamil pada hari lain dalam kitaran haid adalah rendah. Hal ini demikian kerana telur atau ovum hanya boleh bertahan untuk 24 jam selepas ovulasi manakala sperma hanya hidup sehingga 5 hari dalam badan anda.
Untuk mengatasi masalah haid tidak teratur, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!